ISTIMEWA UNTUK IBUBAPA YANG NAK BUAT AQIQAH !
Tahniah kepada ibubapa yang mendapat rezeki cahaya mata, Syukur, Alhamdulillah diatas nikmat tersebut.
Bersama nikmat tersebut, datangnya tanggungjawab kepada ibubapa.
Antaranya adalah melaksanakan AQIQAH untuk anak tersebut.
Disini, saya nak kongsikan kepada ibubapa sekalian :
CARA UNTUK IBUBAPA BUAT AQIQAH SELEPAS MENYAMBUT KELAHIRAN ANAK.
Sabda Baginda Nabi ﷺ daripada Samurah Radiyallahu 'anhu :
الْغُلاَمُ مُرْتَهَنٌ بِعَقِيقَتِهِ يُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ السَّابِعِ وَيُسَمَّى وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ
Maksudnya : “Bayi itu tertebus dengan Aqiqahnya, disembelih haiwan Aqiqah pada hari yang ketujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya”.
(Riwayat Abu Daud)
Maksud dari “tertebus” dalam hadis ini ialah :
1) Al-Imam Ahmad Radiyallahu ‘anhu berpendapat :
Bayi yang dilahirkan tidak dapat memberikan syafaat kepada ibubapanya jika tidak ditebus dengan Aqiqahnya.
2) Sebahagian ulama’ berpendapat :
Bayi yang dilahirkan tidak dapat tumbuh secara normal jika tidak ditebus dengan Aqiqahnya.
3) Sebahagian ulama’ yang lain berpendapat :
Untuk melepaskan bayi dari ikatan gangguan syaitan tatkala bayi keluar dari perut ibunya menuju dunia.
BILAKAH PERLU BUAT AQIQAH ?
1) Paling Afdhal (terbaik) adalah pada hari ke-7 setelah kelahiran.
2) Jika tidak sempat atau belum mampu,
boleh dilaksanakan pada hari ke-14 @ ke-21
@ bila-bila sahaja yang mampu.
BAGAIMANAKAH CARA NAK BUAT AQIQAH ?
1) Jenis Haiwan Aqiqah :
Haiwan Aqiqah sama seperti haiwan qurban :
Unta, lembu & kambing. (Mazhab As-Syafie).
2) Kadar Bilangan Haiwan Aqiqah :
a) 1 ekor unta boleh untuk 7 bayi.
b) 1 ekor lembu boleh untuk 7 bayi.
c) 1 ekor kambing boleh untuk 1 bayi.
3) Perkara-perkara yang disunnahkan ketika melaksanakan Aqiqah :
a) Menyembelih kambing setelah terbitnya matahari.
b) Mendoakan untuk bayi ketika menyembelih.
c) Menyedekah kambing setelah dimasak, lebih utama dikirimkan ke rumah-rumah, boleh juga dikirimkan sebelum dimasak.
d) Tidak menghancurkan tulang-tulang kambingnya, jika dihancurkan juga, tidak makruh hukumnya.
e) Ketika memasak, disunnahkan memasak jenis masakan yang manis.
f) Menyembelih 2 ekor kambing untuk lelaki, 1 ekor kambing untuk perempuan, jika buat 1 ekor kambing untuk lelaki, dibolehkan.
Dan banyak lagi sunnah-sunnah Aqiqah,
kami kongsikan di Page Facebook kami Abu Fawwaz
Tawaran Istimewa buat Ibubapa yang nak buat Aqiqah…
AQIQAH DI MAKKAH BERSAMA SYAHMI AL-HARAMAIN SERVICES
✔️ Pelaksanaan di Kota Makkah Al-Mukarramah, tempat yang paling mulia di dunia ini.
✔️ Anda boleh pilih hari Afdhal penyembelihan atau hari-hari lain yang anda inginkan, kerana penyembelihan kambing Aqiqah dibuat setiap hari.
✔️ Anda dapat meraikan penduduk Makkah Al-Mukarramah, daging mentah / dimasak akan diagihkan kepada penduduk Kota Makkah Al-Mukarramah.
✔️ Mudah untuk anda, kami uruskan A-Z, anda tidak perlu bersusah-susah berkumpul ramai-ramai untuk buat kenduri, tambahan pula sekarang musim PKP, patuh SOP.
✔️ Harga kambing Aqiqah yang murah & memenuhi syarat sah Aqiqah.
✔️ Hadiah kenangan berupa Sijil Kayu Eksklusif, tertera nama bayi anda dan tarikh pelaksanaan di Kota Makkah. (lihat gambar)
✔️ Anda berpeluang mendapat hadiah istimewa daripada kami.
LEBIH 999+ BAYI TELAH DIAQIQAHKAN BERSAMA KAMI DI MAKKAH AL-MUKARRAMAH
(Gambar & Video sembelihan)
(Gambar Testimoni Aqiqah)
(Gambar Sijil & Hadiah)
MAKLUMAN PENTING UNTUK ANDA :
1) Pelaksanaan sembelihan haiwan Aqiqah adalah 1-3 hari, selepas tempahan dibuat.
2) Anda juga boleh membuat permintaan tarikh pelaksanaan, jarak tempahan dengan pelaksanaan adalah lebih dari 3 hari.
3) Syarikat akan memaklumkan status pelaksanaan sejurus selepas selesai sembelihan dibuat, 1 – 3 hari bekerja.
4) Gambar & Video pelaksanaan akan dihantar ke whatsapp / email.
5) Sijil & Hadiah akan dihantar 2-4 minggu selepas tempahan. (pre-order).
6) Anda perlu membaca akad tempah dan wakil ini dan dihantarkan secara voice note ke nombor ini :
0178128806 (Admin Syahmi Al-Haramain Services)
"Saya (nama) menyerahkan RM .... kepada Syahmi Al-Haramain Services bagi menempah dengan akad salam ..... ekor kambing yang sempurna syarat untuk Aqiqah.
Kemudian baca Akad ini setelah membuat tempahan :
Saya (nama) mewakilkan syarikat Syahmi Al-Haramain Services untuk mewakilkan sesiapa menerima di Mekah kambing yang telah saya tempah bagi pihak ..... (nama yang diniatkan aqiqah) dan saya mewakilkan syarikat Syahmi Al-Haramain Services untuk menguruskan Aqiqah bagi pihak ..... (nama yang diniatkan aqiqah) dari segi niat,sembelihan dan agihan.
0178128806 (Admin Syahmi Al-Haramain Services)
Atau boleh terus buat panggilan ke nombor tersebut untuk bacakan akad.
CARA BUAT TEMPAHAN
1) Pilih produk dibawah dan isikan segala butiran anda.
2) Jika ada masalah isian borang, boleh hubungi kami di nombor ini,
0178128806 (Admin Syahmi Al-Haramain Services)
3) Buat bayaran, invois & resit akan dihantar ke email anda.
***Pastikan segala butiran anda adalah benar, terima kasih.